Assalamualaikum kepada semua pelawat blog ini, no telefon sekolah terkini ialah 011-62566552


Harap maklum. Terima kasih.

Latihan Rumah Sukan

Sekitar hari pertama latihan rumah sukan dan orientasi laluan merentas desa. Syabas kepada semua pelajar yang hadir pada hari ini. Kehadiran yang sangat memberangsang! Ayuh teruskan komitmen kamu semua pada hari Sabtu ini bagi acara Merentas Desa SMKSPK Kali ke -7 2019.
ANDA SEMUA HEBAT!







Bengkel penulisan RPH berkesan telah diadakan pada Rabu 2 Januari 2019 di Bilik Mesyuarat yang dibimbing oleh pegawai SiSC+ PPD Kuala Muda Yan. Tujuan utama adalah bagi berkongsi teknik dan kaedah terkini dalam membantu guru-guru menyedia rancangan pengajaran berkesan seterusnya menghasilkan PdPc yang menarik.
Terima kasih, ilmu yang sangat bermanfaat.






SALAM TAKZIAH



7 Januari 2019 - SMKSPK duselubungi rasa pilu kerana kehilangan seorang guru yang sangat berdedikasi dan komited dalam setiap tugas yang diamanahkan. Seorang guru yang sangat disayangi oleh setiap pelajar dan tidak lokek dengan senyuman.
Sir Moganarao a/l Maraya telah pergi meninggalkan kita semua dalam keadaan yang sangat mengejutkan. Damailah disana Sir.
Terima kasih untuk segalanya. SMKSPK pasti akan merindui kamu.

Selamat Datang


PENGETUA

TENGKU FARIZA BT TENGKU IBRAHIM










PERTANDINGAN ROBOTIK PERINGKAT ANTARABANGSA DI PUTRAJAYA 2018





Alhamdulillah Top 70 untuk penyertaan kali pertama ke Pertandingan Robotik peringkat Antarabangsa. Sekalung tahniah diucapkan kepada En. Zulherly dan keempat-empat pelajar dari kelas 4 Perdana yang telah memperkenalkan SMKSPK ke peringkat tertinggi. Pengalaman yang sangat berguna bagi menjadikan kita lebih hebat di masa akan datang. SMKSPK BOLEH!