SALAM TAKZIAH



7 Januari 2019 - SMKSPK duselubungi rasa pilu kerana kehilangan seorang guru yang sangat berdedikasi dan komited dalam setiap tugas yang diamanahkan. Seorang guru yang sangat disayangi oleh setiap pelajar dan tidak lokek dengan senyuman.
Sir Moganarao a/l Maraya telah pergi meninggalkan kita semua dalam keadaan yang sangat mengejutkan. Damailah disana Sir.
Terima kasih untuk segalanya. SMKSPK pasti akan merindui kamu.

Selamat Datang


PENGETUA

TENGKU FARIZA BT TENGKU IBRAHIM










PERTANDINGAN ROBOTIK PERINGKAT ANTARABANGSA DI PUTRAJAYA 2018





Alhamdulillah Top 70 untuk penyertaan kali pertama ke Pertandingan Robotik peringkat Antarabangsa. Sekalung tahniah diucapkan kepada En. Zulherly dan keempat-empat pelajar dari kelas 4 Perdana yang telah memperkenalkan SMKSPK ke peringkat tertinggi. Pengalaman yang sangat berguna bagi menjadikan kita lebih hebat di masa akan datang. SMKSPK BOLEH!





Kepada ibubapa dan penjaga anak-anak SMK Sungai Pasir Kechil yang dihormati lagi dikasihi,

Sekolah merupakan rumah kedua bagi anak-anak kita,
Guru-guru dan staf sekolah seakan ibubapa angkat mereka,
Murid-murid yang ada ibarat saudara sedarah sedaging dengan mereka,
Tetapi ia tidak sama sekali, dengan apa yang tuan-tuan dan puan-puan berikan selama ini,

Hadirlah demi anak-anak kita,
Hadirlah demi memberi sokongan,
Kepada insan-insan yang memberi sepenuh jiwa raga mereka,
Untuk mendidik anak-anak kita,

Dengan kehadiran ini,
Kita lebih saling mengenali,
Kita lebih mengetahui,
Kita lebih hormat menghormati,
Dan pastinya, kita tahu setiap apa yang dirancang untuk anak-anak ini.

Semoga kita berjumpa nanti,
25 Februari 2018, di Mesyuarat Agung PIBG.”

TAHUN 2017





JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2017